CITIZEN 8950
Citizen 8950 ana digi keluaran sekitar tahun 90an ini adalah salah satu koleksi jam tangan aku.Aku memang gemar kumpul ana digi ni .Bagi aku jam ana digi keluaran tahun 90an atau 80an ni memang unik dan hebat .Hebat sebab cara-cara nak adjust masa,tarikh dan sebagainya adalah hanya memusingkan stem crown sahaja.Bagi aku ini satu teknologi yang sekarang ni tak digunakan lg.Jam sekarang kalo nk buat adjustment digital hanya tekan button shj.Tak thrill.Antara jam ana digi yang menggunakan kaedah adjustment memusing stem crown adalah citizen 8950, citizen 8930, seiko h357,seiko h556, seiko h557 di mana setiap model tu aku ada koleksinya.Dan salah satu ciri yg rare selain daripada adjustment menggunakan stem crown adalah lampunya macam ade mentol kecik kt tepi permukaan lcd dimana satu masa dulu backlight seperti indiglo dan illuminator belum wujud lg.
Terima kasih kepada Tuan Mohd Zamani dari Alor Star kerana menjadi pemilik baru kepada jam ini.Terima Kasih banyak.