Monday, December 26, 2011

Tuesday, December 20, 2011

AKU,BASIKAL CHOPPER,KOLEKSI JAM DAN RAYBAN DI KACA TV2

Hari jumaat 2 minggu sudah aku didatangi satu panggilan dari org yg aku tak kenal.Memperkenalkan dirinya sebagai Cik Nina dari RTM rancangan In-trend berminat utk menemui /menemuramah tentang aku dan koleksi basikal chopper.Aku terkejut jugak pada mulanya sbb rancangan In-Trend tu pun aku tak pernah dengar.So aku pun bertanya jugak mana dapat no hp aku ni..beliau bgtau ada tengok dalam blog aku nih.So setelah masa dan tarikh shooting ditetapkan aku pun bersetuju.So pada 13/12/2011 crew dan penerbit rancangan In-Trend tiba di rumah.Penerbit Puan Intan tanya kat aku selain basikal chopper ,apa lagi koleksi aku yg berkonsepkan Retro 80an.So aku cakapla jam dan rayban.Tanpa berlengah Puan intan suruh aku kuarkan sume khazanah aku tuh utk dishooting.Punye lah teruja shooting sampai tak sedar dah 3 jam berlalu.Tapi menurut kata penerbit segmen aku tuh on air selama 5 minit..dan apa yg dishooting tuh nnti akan diedit dan dimuatkan semuanya dlm masa 5 minit.Perghhhh dasat.




Sedikit ilmu tentang jam camel trophy aku jelaskan kat penerbit ,pengacara dan crew sblm shooting.







Koleksi Rayban yang tinggal utk aku pakai pun tak ketinggalan utk dishooting.Antara yang dipegang oleh pengacara dan dibualkan ialah Rayban Daimond Hard.







Sebahagian jam retro 80an aku yang dishoot satu-satu dan bakal masuk TV.Antara jam yang dipegang dan dibualkan didalam rancangan ini adalah Jam Camel Trophy Superchrono,Jam Alba Spoon,Jam Citizen Voice Memo dan beberapa lagi yg aku pun dah tak ingat.








Raleigh Chopper Tomahawak sedang beraksi.








Abang cameraman Wildan sedang 'detail'kan Chopper kuning.







Hahahaha ni tengah shooting la ni...bersama pengacara segmen ni Sufian.(Pian)













Lastly basikal chopper merah ni pulak didokumentasikan utk tatapan peminat basikal chopper semua.Dan kepada semua crew In-Trend yang terlibat Pn Intan selaku penerbit,Pn. Liza,Cik Nina, Wildan &Ajan&Naza (cameran) terima kasih kerana sudi menemuramah saya dan mendokumentasikan koleksi saya .Kedatangan kalian amat dihargai.Satu slot pengisian yang amat bernilai utk tontonan semua golongan terutamanya pengemar/kolektor seperti saya.


Rancangan yang memaparkan segmen ini difahamkan bakal ditayangkan di TV2 hari sabtu ini (mungkin 24/12/2011 atau 31/12/2011) jam 1 ptg.Selamat menonton!

Monday, June 27, 2011

Camel Trophy Date Line (New Old Stock)

(SOLD)


Dulu tahun 80an - 90an kita biasa tengok iklan camel trophy di kaca TV.lagu iklan tuh cukup dikenali ramai.Camel trophy sendiri saban tahun menganjurkan acara 4x4 4wd kenderaan lasak merentasi hutan belukar,sungai,lembah dan sbgnya.Event di Malaysia juga tidak ketinggalan bila mana Sabah pada tahun 1993 dijadikan tempat untuk menyahut cabaran Camel Trophy Adventure dan semestinya ia cukup sinonim dengan kenderaan Land Rover 'kuning'.


Tetapi kini itu semua telah menjadi lipatan sejarah...begitu juga dengan barang jenama camel trophy ,kita mungkin agak sukar dan mungkin hampir tiada lagi menjumpai barang2 camel trophy.Aku sendiri memang cukup meminati barang2 camel trophy terutamanya jam.Mungkin ramai yang tidak mengetahui jenama Camel Trophy Adventure ini adalah berbeza dengan jenama Camel yang lain.Jenama Camel Trophy Adventure ini dikeluarkan sempena event/acara kenderaan lasak oleh Worldwide Brand Inc USA. Terdapat beberapa item/barangan atau aksesori di bawah jenama ini contohnya Camel Trophy Adventure Boots ( utk kasut boots shj), Camel Trophy Adventure Bags (utk beg shj), Camel Trophy Adventure Gear (utk aksesori yg lain spt wallet,baju.seluar dan sbgnya). Sebenarnya agak berbalaoi sekiranya ada di antara anda yang meminati,memiliki atau mengumpul (collector) jenama camel trophy ini sebab ianya telah menjadi satu rare item di dunia ini.

















Berbalik kepada jam aku ini...ini merupakan koleksi peribadi aku sendiri .Ianya complete dengan kotak tin camel trophy,buckle tembaga camel trophy,manual,warranty card.Semuanya dalam kondisi yang baik dan original.







Buckle atas tali kulit ini bole dikeluarkan dan dipasang pada tali kulit yang baru.








Jam ini diperkasakan dengan swiss quartz movement model ronda swiss movement.Agak susah untuk kita menjumpai jam - jam biasa yang menggunakan movement swiss.kebanyakannya menggunakan movement china made atau kalo kita bernasib baik bole menjumpai movement miyota japan atau morioka tokei japan .







Cuma oleh kerana jam ini lama terperap kat dispalay kabinet aku (atau mungkin usianya yg sudah memasuki fasa vintage) tali kulit ori ini iaitu dibahagian hujungnya mula merekah.Bagi aku ini biasa terjadi pada mana2 tali kulit dan juga talipinggang kulit.Tali ori camel ini boleh /masih lagi bole dibeli di ebay purata harga rm100 tak termasuk pos.









Manual dan warranty asal disertakan.Menariknya dlm waranty card ini adalah tentang pengedar jam ini di sekitar asia tenggara di mana utk pasaran Singapura dan Indonesia ,pengedar/servis centernya adalah di Malaysia iatu di Camel Trophy Adventure Gear Jalan Ipoh .








HARGA : (SOLD TO EN.AZAM FROM SHAH ALAM)















Sunday, June 26, 2011

Timberland Ana Digi Indiglo

TIMBERLAND ANA DIGI INDIGLO


Model ana digi yang cukup popular sekitar awal tahun 2000.Ketika itu terdapat kedai2 menjual jam yang menjual jenama Timberland ini.Ini adalah salah satu koleksi aku yang aku sayang.


Tapi sayang kini di Malaysia sudah tiada lagi kedai yang menjual jam timberland ini.Kalo diluar cthnya US dan UK mereka memang masih menjual jam timberland tetapi model keluaran yang baru.Model keluaran tahun 2000 ini trademarknya adalah indiglo.Aku memang meminati jam yang mempunyai funsi indiglo dimana Indiglo adalah satu jenama yg dipaternkan di US so mana-mana jenama jam yang ingin menggunakan lampu indiglo ,mereka perlu mendapatkan kelulusan daripada Indiglo US.



Selain fungsi Indiglo.jam ini mempunyai fungsi stopwatch,timer,second timezone,alarm dan day date. Yang agak menariknya sekarang ini kita mungkin bole beli kasut,baju,seluar,talipinggang,wallet atau accessori timberland yang lain yang terdapat di butik2 Timberland tapi JAM TIMBERLAND.......belum tentu kita bole jumpa .







Harga: SOLD (Terima kasih En. Khairil dari Banting)







Alba Spoon Vintage

ALBA SPOON

Salah satu keluaran yang agak popular sekitar awal 90an.Aku masih ingat lagi masa aku sekolah rendah ramai gak member2 aku yg agak berada diorang pakai jam ni.Agak pelik jugak masa tuh design Alba Spoon nih...sebab bg aku rekabentuk dia telah mendahului zamannya dengan lampu illuminator warna hijau.Kebiasaan lampu macam ni ada pada Timex,Casio dsbnya.

Menggunakan movement morioka tokei japan ianya cukup praktikal dan lasak.




Strap jenis getah yang masih baik dan lembut walaupun usia jam ni telah melebihi 10 tahun.









Harga: SOLD (Terima kasih kpd En. Hafizz Dungun Terengganu)







Monday, May 30, 2011

TIMBERLAND WATCH INDIGLO(1)

Wow...indiglo hijau masih terang dan baik.




Mungkin ramai yang pernah terperasan sekitar tahun 1999-2001 di kedai-kedai jam yang terpilih ada menjual jam timberland.Aku sendiri memang meminati jam jenama ini walaupun jam ini bole dikategorikan sebagai dress watch sebab timberland bukanlah watch maker,tetapi jenama yang dibawa olehnya itu membuatkan si pemakainya merasa lasak dan adventure di tambahkan pulak kalo sipemakai tu ada juga memakai kasut timberland.




Tali kulit ori timberland masih berkeadaan baik.




Aku sendiri ada menyimpan beberapa koleksi jam timberland ini di mana salah satunya adalah jam hantaran kahwin aku dulu.Yang menariknya jam ini adalah adanya fungsi indiglo.satu fungsi yang aku memang minat nak tekan2 lebih-lebih lagi pada waktu malam.Pada tahun 90an dulu indiglo ni memang sesuatu yang baru dan sesiapa yang ada jam berfungsi indiglo ni mesti nak tayang kt kawan-kawan.hehehehe.




Cermin dan case back tiada kesan calar.




Movementnya pula kebanyakan jam timberland menggunakan movement Timex sebab spt yg semua tahu indiglo adalah seperti satu trademark kepada jenama Timex.Setakat ini movement Timex ini sangat baik ..belum ada lg koleksi jam timberland aku menghadapi masalah.Untuk rekod sekarang ini di Malaysia telah tiada lagi kedai2 mahupun butik2 Timberland yang menjual jam jenama ini.Kedai di KL tempat aku beli jam hantaran kahwin tuh pun dah tak jual lagi..tauke tu cakap pihak Timberland sudah tidak memberikan lesen baru untuk menjual model2 timberland yang baru.So aku anggap jam timberland keluaran tahun 90an esp yg ada indiglo nih sangat rare di malaysia.




HARGA:SOLD (EN.FAIZAL DARI GOMBAK).






















Saturday, May 28, 2011

CASIO JP-200W (JAPAN N MALAYSIA VERSION?)

JAM CASIO JP-200W (MADE IN JAPAN) FOR SALE.



Kali ini aku nak jual jam kesayangan aku yang aku rasa ianya cukup hebat pada masa itu sekitar tahun 90an.Seperti yang banyak kita baca preview dari rakan2 pengumpul jam casio , jam ini merupakan model casio yang boleh mengukur dan merekodkan bacaan denyut nadi anda.Tapi ini adalah model yg ke -2 dikeluarkan selepas model yg sama iaitu JP-100W.Fungsi jam ini bagi aku menarik dan pelbagai spt mengukur denyutan nadi,rekod,stopwatch,timer,alarm dan yg paling 'otai' adalah micro lightnye.Cuma baru-baru ni aku perasan yang model ini ada dikeluarkan di negara kita (made in malaysia).Aku ingatkan model ni hanya keluaran Jepun shj ternyata aku silap bila aku terjumpa model malaysia di jual di ebay dengan harga yang agak tinggi juga.Mari kita lihat di bawah ini perbandingan jam aku dan jam malaysia yg aku ambil dari ebay.



Perbezaan ketara antara di paparan LCD antaranya ialah yang made in japan terdapat warna coklat pada paparan 'aerobic zone' manakala yg made in malaysia paparan tersebut tiada warna coklat.Gambar di atas adalah malaysia dan gambar di bawah ini japan.




Micro light jam aku masih lagi berfungsi...hehehe suatu perkara yg suka aku buat masa thn 90an dulu kalo ade jam yg ade lampu sure setiap masa aku nk picit tengak lampunye.biasa la tu.







Gambar diatas jelas menunjukkan perkataan made in malaysia.



Gambar di bawah juga jelas menunjukkan perkataan made in japan.







Jadi terpulanglah kepada anda sebagai penggemar/pengumpul jam casio pulse check samada minat yg malaysia atau yg japan.Bagi aku kedua-duanya sama shj hanya perbezaan kecil pada paparan skrin LCD shj.Yang pentingnya budget yang kita nak belanjakan tu adakah berbaloi atau tidak.So terpulanglah pada yang meminatinya.Ye tak?






So jam Casio pulse check aku ni masih baru (New old stock).Tiada calar balar.Fungsi kesemuanya sangat baik.Lampu masih ok,alarm sangat kuat,tali getah masih lembut...tiada perkataan yang pudar.Manual asal disertakan.



HARGA: SOLD TO HIJAZZ SELANGOR.










Monday, May 2, 2011

CASIO MR G 200-7

CASIO MR G 200-7

Casio satu jenama yang cukup sinonim dgn jam digital sejak dulu lagi.Mengeluarkan banyak jenis model spt G-shock,Protrek,Baby G, dan bermacam lg.Salah satunya adalah Model MR G yang pertama kali dikeluarkan sekitar tahun 80an.Yang ini adalah koleksi kegemaran akau MR G 200-7.Yang istemewanya adalah model ini sangat jarang dijumpai di Malaysia dan ianya adalah untuk pasaran Jepun.Masih baru,tak bercalar,panjang bracelet masih asal,disertai dengan kotak kertas,kotak plastik,kain lap,warranty ,manual dan tag yg dituls semuanya dlm bahasa jepun.
Puas jugakla aku cari kt internet manualnya dlm bahasa inggeris hanya menaipkan siri modulenye shj.Bagi penggemar / kolektor casio g shock mungkin ada yg meminati model ini.Bg aku model ini sangat kukuh,berat,dan lasak,sesuai utk mereka yg bekerja samada di tapak atau di pejabat.






Bg memastikan yg movementnya adalah dari Jepun so aku pun buka case backnya dan sahih memang ianya buatan Jepun.Maklum la Casio yg ada dipasaran skang ini kebanyakanya made in thailand.




Bagi mengukuhkan serta menyerap hentakan dari gegaran si pemakainya , movement jam ini dilindungi dengan lapisan getah berkualiti dan ring alumininum bg mengukuhkan kedudukan lapisan getah tersebut.








Manual instruction dalam bahasa Jepun.


















Bracelet stainless steel dengan tertera perkataan g shock MR G.







Oleh kerana aku telah pun sambar seketul Protrek PRT-40 maka jam ini terpaksa aku lepaskan untuk memberi laluan kepada jam yg lain yg bakal aku sambar.Lagipun selama ini jam ni banyak duduk kt kabinet display daripada kt tangan aku.Pada sesiapa yg berminat dan amat serious dgn jam ni bolela hubungi aku untuk keterangan lanjut.





HARGANYA- SOLD TO MR EDWIN FROM KOTA KINABALU SABAH.














































Friday, April 1, 2011

MY CAMEL TROPHY COLLECTION

Telah menjadi hobi aku sejak beberapa tahun lepas gila mengumpul jam dan barangan camel trophy.Jenama Camel Trophy nih sangat popular sekitar tahun 90an dulu dengan tercetusnya event-event seperti penjelajahan land rover ke pelusuk hutan dan lembah di beberapa lokasi di dunia dan di malaysia ini contohnya pernah dijadikan venue untuk penjelajahan camel trophy di Sabah pada tahun 1993.Cuma sekarang ini jenama Camel trophy ini sudah tiada lagi atas sebab-sebab yang saya pun tak tahu....kene tanya World Brand Inc USA la gamaknye.Yang ade sekarang hanyalah Camel Active.Cuma yang saya nk preview di sini adalah beberapa koleksi jam saya yang pada saya movementnya sangat baik dan tepat..iaitu Camel trophy Chronograph.




Braceletnye stainless steel dengan perkataan atao logo camel trophy dipaparkan.
Ini yang sangat menarik..kenapa??sebab movement chronograh quatrz ini adalah dari ETA G10.211 dengan 4 jewel. Apa yg menariknye adalah movement adalah juga movement yg sama digunakan oleh Tissot PRC 200.Jadi agak berbaloilah kalo tk dpt nk beli Tissot...sbb paham-paham je la Tissot prc 200 pun bukannye murah.
Back casing jenis skru yg menyakinkan lagi sipemakainye kalo nk terjun kolam pancing ke..sawah ke ye tak???Water resistant la tuh.
Ini adalah model terakhir yang dikeluarkan oleh Camel Trophy sekitar akhir tahun 90an sebelum camel trophy selepas itu dikenali sebagai camel active.Jam ini pun saya perolehi secara tk sengaja di butik camel active di lembah klang.agak hairan juga bila masih ade lg jenama ini di butik tuh. Tauke tuh bilang ini model pengahabisan stok (NEW OLD STOCK). Dari pengamatan aku ketepatan movement ini agak baik disebab itu jugakla mungkin movement eta g10.211 ini dipilih untuk jenama jam yang lebih mahal dan tersohor.Kepada rakan-rakan yg memilik jam camel trophy ini simpanlah ia sebagai satu aset yg berharga disebabkan ianya model terakhir denagn jenama yg sudah tiada lagi di dunia ini.

Akan datang aku akan kongsikan lagi maklumat2 tentang beberapa lagi koleksi jam camel aku nih.

Saturday, March 26, 2011

Akhirnya ke temu jua.....Casio Protrek PRT-40










Lubang hidung utk barometer sensor nih yg meruntun jiwa nih...tp awas jgn digodek2 plak skru kecik tuh...lari bacaan nye nnti.





Berkat kesabaran mencari di kebanyakan tempat akhir ketemu jua dgn jam idaman aku nih.
Kedai tuh pulak nun jauh di sebelah pantai timur sana.Tak sangka plak boleh jumpa kt kedai jam yang turut menjual sepit rambut,getah rambut aka accessori wanita.Padahal sblm nih bagai nk rak aku redah kebanyakkan kedai kt KL nih..tp tauke kedai cakap..aya!!!mana ada lagi woo..itu balang aaa..manyak lama..tawun 90an.lu angkat balu punya plotek maa..pakai solar.Hehehehe masalahnye aku tk minat...prt-40 nih vintage look dgn sarat sensor bearing ngan sensor barometer.Kat forum2 luar byk aku tgk diorang memperkatakan tentang prt-40 nih..ramai jugak yg nk carik balik..ade yg nk mintak tolong carikan manual la...so pencarian aku nih agak berbaloi la sbb manualnye masih ade dan elok lg...err siap warranty card tp kotak dah rosak.
Barisan model protrek yg lain kalo tk silap ade prt-20,prt-30,prt-40 dan prt-60....tp aku plak minat prt-40 sebab dia triple sensor dan nampak tegap dari model prt yg lain.
Selain fungsinye yg mempunyai bacaan altimeter,barometer,thermometer,stopwatch,5 alarm ia juga mempunyai ciri auto light..tp kalo nk jimat bateri baik tukar kpd mode manual jer(tekan butang light).So inilah satu lg koleksi jam aku yg boleh dikategorikan sbg 'dinosour'.