
Monday, March 26, 2012
Wednesday, March 21, 2012
Monday, December 26, 2011
Tuesday, December 20, 2011
AKU,BASIKAL CHOPPER,KOLEKSI JAM DAN RAYBAN DI KACA TV2
Koleksi Rayban yang tinggal utk aku pakai pun tak ketinggalan utk dishooting.Antara yang dipegang oleh pengacara dan dibualkan ialah Rayban Daimond Hard.
Raleigh Chopper Tomahawak sedang beraksi.
Abang cameraman Wildan sedang 'detail'kan Chopper kuning.
Rancangan yang memaparkan segmen ini difahamkan bakal ditayangkan di TV2 hari sabtu ini (mungkin 24/12/2011 atau 31/12/2011) jam 1 ptg.Selamat menonton!
Monday, June 27, 2011
Camel Trophy Date Line (New Old Stock)
(SOLD)
Tetapi kini itu semua telah menjadi lipatan sejarah...begitu juga dengan barang jenama camel trophy ,kita mungkin agak sukar dan mungkin hampir tiada lagi menjumpai barang2 camel trophy.Aku sendiri memang cukup meminati barang2 camel trophy terutamanya jam.Mungkin ramai yang tidak mengetahui jenama Camel Trophy Adventure ini adalah berbeza dengan jenama Camel yang lain.Jenama Camel Trophy Adventure ini dikeluarkan sempena event/acara kenderaan lasak oleh Worldwide Brand Inc USA. Terdapat beberapa item/barangan atau aksesori di bawah jenama ini contohnya Camel Trophy Adventure Boots ( utk kasut boots shj), Camel Trophy Adventure Bags (utk beg shj), Camel Trophy Adventure Gear (utk aksesori yg lain spt wallet,baju.seluar dan sbgnya). Sebenarnya agak berbalaoi sekiranya ada di antara anda yang meminati,memiliki atau mengumpul (collector) jenama camel trophy ini sebab ianya telah menjadi satu rare item di dunia ini.
Jam ini diperkasakan dengan swiss quartz movement model ronda swiss movement.Agak susah untuk kita menjumpai jam - jam biasa yang menggunakan movement swiss.kebanyakannya menggunakan movement china made atau kalo kita bernasib baik bole menjumpai movement miyota japan atau morioka tokei japan .
Cuma oleh kerana jam ini lama terperap kat dispalay kabinet aku (atau mungkin usianya yg sudah memasuki fasa vintage) tali kulit ori ini iaitu dibahagian hujungnya mula merekah.Bagi aku ini biasa terjadi pada mana2 tali kulit dan juga talipinggang kulit.Tali ori camel ini boleh /masih lagi bole dibeli di ebay purata harga rm100 tak termasuk pos.Manual dan warranty asal disertakan.Menariknya dlm waranty card ini adalah tentang pengedar jam ini di sekitar asia tenggara di mana utk pasaran Singapura dan Indonesia ,pengedar/servis centernya adalah di Malaysia iatu di Camel Trophy Adventure Gear Jalan Ipoh .
HARGA : (SOLD TO EN.AZAM FROM SHAH ALAM)
Sunday, June 26, 2011
Timberland Ana Digi Indiglo
TIMBERLAND ANA DIGI INDIGLO
Model ana digi yang cukup popular sekitar awal tahun 2000.Ketika itu terdapat kedai2 menjual jam yang menjual jenama Timberland ini.Ini adalah salah satu koleksi aku yang aku sayang.
Tapi sayang kini di Malaysia sudah tiada lagi kedai yang menjual jam timberland ini.Kalo diluar cthnya US dan UK mereka memang masih menjual jam timberland tetapi model keluaran yang baru.Model keluaran tahun 2000 ini trademarknya adalah indiglo.Aku memang meminati jam yang mempunyai funsi indiglo dimana Indiglo adalah satu jenama yg dipaternkan di US so mana-mana jenama jam yang ingin menggunakan lampu indiglo ,mereka perlu mendapatkan kelulusan daripada Indiglo US.
Alba Spoon Vintage
ALBA SPOON
Monday, May 30, 2011
TIMBERLAND WATCH INDIGLO(1)
Mungkin ramai yang pernah terperasan sekitar tahun 1999-2001 di kedai-kedai jam yang terpilih ada menjual jam timberland.Aku sendiri memang meminati jam jenama ini walaupun jam ini bole dikategorikan sebagai dress watch sebab timberland bukanlah watch maker,tetapi jenama yang dibawa olehnya itu membuatkan si pemakainya merasa lasak dan adventure di tambahkan pulak kalo sipemakai tu ada juga memakai kasut timberland.
Aku sendiri ada menyimpan beberapa koleksi jam timberland ini di mana salah satunya adalah jam hantaran kahwin aku dulu.Yang menariknya jam ini adalah adanya fungsi indiglo.satu fungsi yang aku memang minat nak tekan2 lebih-lebih lagi pada waktu malam.Pada tahun 90an dulu indiglo ni memang sesuatu yang baru dan sesiapa yang ada jam berfungsi indiglo ni mesti nak tayang kt kawan-kawan.hehehehe.
Movementnya pula kebanyakan jam timberland menggunakan movement Timex sebab spt yg semua tahu indiglo adalah seperti satu trademark kepada jenama Timex.Setakat ini movement Timex ini sangat baik ..belum ada lg koleksi jam timberland aku menghadapi masalah.Untuk rekod sekarang ini di Malaysia telah tiada lagi kedai2 mahupun butik2 Timberland yang menjual jam jenama ini.Kedai di KL tempat aku beli jam hantaran kahwin tuh pun dah tak jual lagi..tauke tu cakap pihak Timberland sudah tidak memberikan lesen baru untuk menjual model2 timberland yang baru.So aku anggap jam timberland keluaran tahun 90an esp yg ada indiglo nih sangat rare di malaysia.
HARGA:SOLD (EN.FAIZAL DARI GOMBAK).
Saturday, May 28, 2011
CASIO JP-200W (JAPAN N MALAYSIA VERSION?)
JAM CASIO JP-200W (MADE IN JAPAN) FOR SALE.
Kali ini aku nak jual jam kesayangan aku yang aku rasa ianya cukup hebat pada masa itu sekitar tahun 90an.Seperti yang banyak kita baca preview dari rakan2 pengumpul jam casio , jam ini merupakan model casio yang boleh mengukur dan merekodkan bacaan denyut nadi anda.Tapi ini adalah model yg ke -2 dikeluarkan selepas model yg sama iaitu JP-100W.Fungsi jam ini bagi aku menarik dan pelbagai spt mengukur denyutan nadi,rekod,stopwatch,timer,alarm dan yg paling 'otai' adalah micro lightnye.Cuma baru-baru ni aku perasan yang model ini ada dikeluarkan di negara kita (made in malaysia).Aku ingatkan model ni hanya keluaran Jepun shj ternyata aku silap bila aku terjumpa model malaysia di jual di ebay dengan harga yang agak tinggi juga.Mari kita lihat di bawah ini perbandingan jam aku dan jam malaysia yg aku ambil dari ebay.
Perbezaan ketara antara di paparan LCD antaranya ialah yang made in japan terdapat warna coklat pada paparan 'aerobic zone' manakala yg made in malaysia paparan tersebut tiada warna coklat.Gambar di atas adalah malaysia dan gambar di bawah ini japan.Gambar di bawah juga jelas menunjukkan perkataan made in japan.

Jadi terpulanglah kepada anda sebagai penggemar/pengumpul jam casio pulse check samada minat yg malaysia atau yg japan.Bagi aku kedua-duanya sama shj hanya perbezaan kecil pada paparan skrin LCD shj.Yang pentingnya budget yang kita nak belanjakan tu adakah berbaloi atau tidak.So terpulanglah pada yang meminatinya.Ye tak?

So jam Casio pulse check aku ni masih baru (New old stock).Tiada calar balar.Fungsi kesemuanya sangat baik.Lampu masih ok,alarm sangat kuat,tali getah masih lembut...tiada perkataan yang pudar.Manual asal disertakan.
Jadi terpulanglah kepada anda sebagai penggemar/pengumpul jam casio pulse check samada minat yg malaysia atau yg japan.Bagi aku kedua-duanya sama shj hanya perbezaan kecil pada paparan skrin LCD shj.Yang pentingnya budget yang kita nak belanjakan tu adakah berbaloi atau tidak.So terpulanglah pada yang meminatinya.Ye tak?
So jam Casio pulse check aku ni masih baru (New old stock).Tiada calar balar.Fungsi kesemuanya sangat baik.Lampu masih ok,alarm sangat kuat,tali getah masih lembut...tiada perkataan yang pudar.Manual asal disertakan.
HARGA: SOLD TO HIJAZZ SELANGOR.
Monday, May 2, 2011
CASIO MR G 200-7
CASIO MR G 200-7
Puas jugakla aku cari kt internet manualnya dlm bahasa inggeris hanya menaipkan siri modulenye shj.Bagi penggemar / kolektor casio g shock mungkin ada yg meminati model ini.Bg aku model ini sangat kukuh,berat,dan lasak,sesuai utk mereka yg bekerja samada di tapak atau di pejabat.
Bg memastikan yg movementnya adalah dari Jepun so aku pun buka case backnya dan sahih memang ianya buatan Jepun.Maklum la Casio yg ada dipasaran skang ini kebanyakanya made in thailand.
Bagi mengukuhkan serta menyerap hentakan dari gegaran si pemakainya , movement jam ini dilindungi dengan lapisan getah berkualiti dan ring alumininum bg mengukuhkan kedudukan lapisan getah tersebut.
Manual instruction dalam bahasa Jepun.
Bracelet stainless steel dengan tertera perkataan g shock MR G.
HARGANYA- SOLD TO MR EDWIN FROM KOTA KINABALU SABAH.
Friday, April 1, 2011
MY CAMEL TROPHY COLLECTION
Subscribe to:
Posts (Atom)








